Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia umum bantuan $3 juta untuk mangsa taufan Vietnam

    ANKARA, 14 OKT – Australia pada Selasa mengumumkan pemberian bantuan kemanusiaan sehingga AUD$3 juta kepada Vietnam selepas kemusnahan besar akibat Taufan Bualoi dan Matmo, lapor Anadolu Ajansi.

    Menteri Luar, Penny Wong dalam kenyataan bersama Menteri Pembangunan Antarabangsa, Anne Aly berkata pakej bantuan itu merangkumi bekalan bantuan kecemasan seperti set dapur, kit kebersihan dan set peralatan tempat perlindungan.

    “Kami sedar proses pemulihan akan mengambil masa, dan sebagai rakan serta rakan kongsi lama, Australia bersama Vietnam pada waktu sukar ini. Australia akan terus bekerjasama dengan Vietnam dalam usaha bantuan segera dan memperkukuh keupayaan daya tahan terhadap bencana,” katanya.

    Taufan Bualoi dan Matmo menyebabkan kemusnahan besar di Vietnam pada penghujung September dan awal Oktober, dengan kedua-dua bencana alam itu mengorbankan lebih 80 orang atau hilang. 

    Beribu-ribu hektar kawasan pertanian dan akuakultur turut musnah, selain lebih 180,000 ternakan dilaporkan mati. – Bernama/Anadolu  

    Sekitar pemandangan semasa banjir di kawasan perumahan selepas hujan lebat akibat Taufan Matmo di bandar Thai Nguyen pada 8 Oktober lalu. Australia hulur bantuan.-  Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda