CANBERRA, 14 OKT – Australia hari ini mengumumkan pemberian bantuan kemanusiaan sehingga AUD3 juta (AS$1.95 juta) kepada Vietnam selepas kemusnahan besar akibat Taufan Bualoi dan Matmo, lapor agensi Anadolu.
Menteri Luar, Penny Wong dalam kenyataan bersama Menteri Pembangunan Antarabangsa, Anne Aly berkata pakej bantuan itu me-rangkumi bekalan bantuan kecemasan seperti set dapur, kit kebersihan dan set peralatan tempat perlindungan.
“Kami sedar proses pemulihan akan mengambil masa dan sebagai rakan serta rakan kongsi lama, Australia bersama Vietnam pada waktu sukar ini.
“Australia akan terus bekerjasama dengan Vietnam dalam usaha bantuan segera dan memperkukuh keupayaan daya tahan terhadap bencana,” katanya. Taufan Bualoi dan Matmo menyebabkan kemusnahan besar di Vietnam pada penghujung September dan awal Oktober, dengan kedua-dua bencana alam itu mengorbankan lebih 80 orang atau hilang.
Ribuan hektar kawasan pertanian dan akuakultur turut musnah, selain lebih 180,000 ternakan dilaporkan mati. – Bernama


