Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia usir perisik secara senyap

    CANBERRA, 24 FEB – Australia secara senyap mengusir kumpulan pengintip Rusia yang anggotanya menyamar sebagai diplomat, menurut laporan sebuah akhbar hari ini selepas agensi keselamatan utama Australia mendedahkan kejayaan mematahkan sindiket pengintipan.

    Kumpulan pengintip menyamar sebagai kakitangan kedutaan dan konsulat serta badan berkuasa lain menggunakan identiti samaran, lapor The Sydney Herald, memetik sumber yang tidak dinyatakan.

    Pertubuhan Keselamatan Perisikan Australia (ASIO), agensi perisikan domestik utama negara itu, mendedahkan pada Selasa bahawa ia ‘mengesan dan mematahkan sebuah rangkaian perisikan utama’, namun ASIO tidak mendedahkan nama negara yang bertanggungjawab.

    Setiausaha Agung Keselamatan ASIO, Mike Burgess menyifatkan rangkaian itu sebagai ‘sarang’ perisikan kerana ia lebih besar dan berbahaya daripada ’sarang’ perisikan yang dikesan sebelum ini. Angka tepat juga tidak dilaporkan.

    “Proksi dan ejen yang direkrut adalah sebahagian daripada rangkaian lebih luas. Antara aktivitinya, mereka mencuri maklumat sulit,” Burgess berkata dalam laporan tahunan ASIO mengenai ancaman terhadap Australia.

    Mike Burgess bergambar sebelum ucapan tahunannya di ibu pejabat ASIO di Canberra, Australia pada 21 Februari 2023. – AP

    “Ia jelas bagi kami bahawa perisik-perisik tersebut sangat terlatih kerana mereka menggunakan teknologi canggih untuk menyembunyikan aktiviti mereka,” tambahnya.

    ASIO ‘mengusir mereka daripada negara itu, secara senyap dan profesional,” katanya.

    Perisik-perisik Rusia secara senyap diusir keluar dari Australia dalam tempoh enam bulan kebelakangan dengan visa mereka tidak diperbaharui atau dibatalkan, menurut laporan akhbar.

    Sekiranya perisik berkenaan diusir secara terbuka dikhuatiri mereka akan menyerang diplomat dan pegawai Australia yang tinggal di Rusia.

    Kedutaan Rusia di Australia tidak memberikan sebarang respons terhadap kenyataan tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda