Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Austria perintah semula perintah berkurung penuh

    VIENNA, 19 NOV – Austria hari ini mengumumkan ia akan melaksanakan perintah berkurung kepada semua dan menjadikan vaksinasi sebagai mandatori, negara Kesatuan Eropah (EU) pertama untuk melaksanakan semula sekatan tersebut ketika kes semakin melonjak.

    Negara-negara Eropah lain turut mengetatkan sekatan ketika kes COVID-19 meningkat di seluruh benua, namun setakat ini tiada negara yang melaksanakan perintah berkurung penuh dan hanya Vatican yang mewajibkan vaksinasi kepada semua.

    Perintah berkurung akan berkuat kuasa pada Isnin, sementara vaksinasi COVID-19 di negara tersebut akan menjadi mandatori bermula 1 Februari tahun hadapan, menurut Canselor Alexander Schallenberg.

    Perintah berkurung akan dilaksanakan selama 20 hari dan akan dinilai selepas 10 hari, katanya.

    “Meskipun usaha memujuk penduduk selama berbulan-bulan, kami tidak berjaya untuk meyakinkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin,” Schallenberg memberitahu semasa sidang media di negeri Tyrol, di mana dia bertemu dengan ketua kerajaan serantau.

    “Secara berterusan meningkatkan kadar vaksinasi adalah satu-satunya cara untuk keluar daripada bahaya ini,” katanya.

    Dia turut menyalahkan mereka yang enggan untuk mendapatkan vaksin kerana ‘menyerang sistem kesihatan’ dan berkata vaksinasi sebagai ‘tiket keluar’ daripada pandemik.

    Dengan perlaksanaan perintah berkurung itu nanti, orang ramai tidak dibenarkan untuk meninggalkan rumah mereka kecuali beberapa pengecualian seperti pergi bekerja, membeli barang keperluan atau bersenam.

    Tetapi sekolah akan terus dibuka meskipun ibu bapa meminta agar anak-anak mereka untuk terus berada di rumah sekiranya diizinkan. Bekerja secara dalam talian turut disarankan. – AFP

    Orang ramai beratur untuk mendapatkan vaksin di Austria. Austria melaksanakan semula perintah berkurung dan mewajibkan vaksinasi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda