DAK LAK, 1 Mac – Selepas berjaya menembusi pasaran tempatan dan beberapa wilayah, sebuah syarikat pengeluar Avokado di wilayah Dak Lak Vietnam berhasrat untuk menembusi pasaran Jepun, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Dikenali sebagai avokado Dakado keluaran Thu Nhon Ltd. sebelum ini telah berjaya menembusi pasaran China dan Kemboja selain dipasarkan di pasar raya besar seperti Fivimart, Big C dan Coopmart.
Setiap tahun syarikat itu memasarkan ratusan avokado Dakado segar ke luar negara seterusnya menjadikan ia jenama popular di Dak Lak.
Syarikat itu turut bekerjasama dengan 100 petani tempatan untuk meningkatkan lagi keluaran dan menghantar beberapa tenaga pakar bagi membantu petani dari aspek teknikal.
Selain avokado, wilayah Dak Lak juga popular sebagai wilayah pengeluar kopi. – Bernama