Wednesday, November 27, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Awak masih cinta hati dalam hidup saya’

    Bagai masih berharap, bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri secara terbuka mendedikasikan sebuah lagu bertajuk Dipaksa Berpisah kepada bekas isterinya itu.

    Dalam mendoakan kebahagiaan Nora, Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned sempat menyelitkan harapan untuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu.

    “Lagu ini hanya untukmu sayang, Nora Danish.

    “Saya doakan awak bahagia, kalau dengan saya Alhamdulillah,” katanya.

    Menurut mStar, Nedim meluahkan isi hatinya itu menerusi hantaran di Instastory dengan memaparkan poster lagu tersebut pada Rabu.

    Nedim masih menyimpan harapan untuk kembali bersama Nora. – mStar

    Dipaksa Berpisah merupakan single terbaharu penyanyi asal Indonesia iaitu Yan Josua.

    Nedim bagaimanapun tetap reda dengan takdir andai jodohnya dan Nora tidak panjang.

    Jelasnya, dia tetap akan mencintai bekas isterinya walau apa jua keadaan.

    “Tetapi kalau bukan dengan saya sekalipun, awak masih cinta hati dalam hidup saya,” ujarnya.

    Nedim dan Nora sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.

    Untuk rekod, Nedim dan Nora mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda