Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Abdul Salam diumumkan juara ‘King of Bowlers’

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT –Demi menjalin hubungan persahabatan yang erat dan memupuk persaingan yang sihat, Kelab Sukan Boling XBPS dan XSOASC telah menganjurkan Pertandingan Boling Bekas Penuntut XBPS dan XSOASC di Utama Bowling Centre, Batu Satu, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada pertandingan yang disertai oleh 21 peserta ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat) di Kementerian Pendidikan, Pengiran Doktor Mohammad Iskandar bin Pengiran Haji Petra yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang di akhir acara.

    Gambar beramai peserta pertandingan yang terdiri daripada XBPS dan XSOASC

    Pertandingan diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 itu telah menyaksikan juara bagi Kategori Perseorangan Lelaki King of Bowlers dimenangi oleh Awang Abdul Salam bin Rajab, manakala juara kategori Berkumpulan telah di menangani oleh Kumpulan Gaza Bowlers.

    Dalam perkongsian kepada Media Permata, Pengiran Mohd Jeffery bin Pengiran Haji Kula selaku pengerusi kejohanan berkenaan antaranya menjelaskan kejohanan boling itu sebagai platform bagi mengumpulkan semula bekas para penuntut Sekolah Persediaan Inggeris (BPS) dan Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, dari tahun 1970 hingga tahun 1990, selain bertujuan untuk mengeratkan lagi jiwa setia kawan yang sudah lama terjalin sejak bangku sekolah hingga ke hari ini melalui sukan boling.

    Kelab berkenaan telah berjaya menganjurkan kejohanan itu buat julung kalinya pada 21 April 2019.

    Pengiran Doktor Mohammad Iskandar menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Kategori Perseorangan Lelaki King of Bowlers dimenangi oleh Awang Abdul Salam.
    Kumpulan Gaza Bowlers menerima hadiah yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KELAB SUKAN BOLING XBPS DAN XSOASC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda