Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Aediesopian juara pertandingan Beyblade

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Awang Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara dalam pertandingan Beyblade Superking Attack anjuran JB TOUR yang diadakan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Awang Aediesopian dan pemenang yang merangkul tempat kedua hingga keempat seterusnya berjaya memperolehi 10 mata untuk melebarkan jurang mata dalam Liga Beyblade Brunei Darussalam.

    Manakala hadiah sagu hati masing-masing di mena-ngi oleh Awang Harris dari Pasukan Jakusha Bladers JB, Awang Aediesopian dari JB, Awang Muhammad Luqman dari Pasukan Santai Aja Bladerz (SA) dan Pengiran Hasswandy dari Pasukan Underground Beys (UG).

    Pertandingan Beyblade itu diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun.

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2023, Pasukan JB ketika ini berjaya melebarkan jurang dengan memperolehi 53 mata diikuti Pasukan SA mengutip 31 mata dan UG mengutip 17 mata di samping Pasukan Ghostbeys (GB) memperolehi tujuh mata dan Beyblade Madness (BM) dengan dua mata.

    Lima pasukan menyertai iaitu pertandingan Beyblade khas tersebut iaitu JB, UG, SA, GB dan BM.

    Ia bertujuan untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77 tahun di samping untuk memperkembangkan permainan tersebut kepada masyarakat umum dan sekali gus mengeratkan silaturahim di antara pemain Beyblade.

    Para peserta pertandingan Beyblade bergambar ramai semasa pertan-dingan berkenaan. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda