Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Amirul Hamidi Jamil takluk BATC

    Oleh Rokiah Mahmud

    TUTONG, 30 MEI – Seramai 239 orang telah menyertai Bukit Ambog Trail Challenge (BATC) yang diadakan di Taman Rekreasi Sungai Basong, Tutong. Cabaran ketahanan ini memerlukan peserta membuat larian sejauh kira-kira 4.2 kilometer dalam tempoh lima jam.

    BATC kedua yang diadakan kelmarin bermula pada pukul 6 pagi telah dibahagikan kepada lima kategori. Bagi kategori kanak-kanak, telah dimenangi oleh Muhammad Syafiq, sementara Awangku Nazran Syazwan menduduki tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Mohd Ali Arsyad.

    Bagi kategori Terbuka Lelaki telah dimenangi oleh Awang Amirul Hamidi Jamil. Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Mohd Rafiuddin Zikara dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Nur Hidayat Salihin. Bagi kategori Lelaki Veteran, tempat pertama disandang oleh Chong Kwei Ming. Tempat kedua dan ketiga masing-masing telah dimenangi oleh Abdul Ramlan dan G Bney.

    Bagi kategori Terbuka Wanita, tempat pertama dimenangi oleh Tatiana Abdullah. Tempat kedua dimenangi oleh Michelle Chong dan tempat ketiga diraih oleh Ainul Mahmud.

    Manakala bagi kategori Veteran Wanita telah dijuarai oleh Husna Abdullah. Tempat kedua dimenangi oleh Rahyu Anina dan Bay menduduki tempat ketiga.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Ajmin bin Meludin.

    Awang Ajmin menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda