Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Firdaus bawa pulang Go Hero Session 5

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Awang Firdaus bin Haji Bakir berjaya menewaskan sembilan orang lagi peserta bertuah bagi Cabutan Bertuah POKKA Bonanza mingguan ke-4 dan membawa pulang hadiah berupa sebuah kamera aksi, Go Hero Session 5, yang berlangsung di Freshco, Times Square, kelmarin.

    Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Pentadbiran Cataleya Trading Co, Apple Lu.

    Di majlis berkenaan, hadiah turut disampaikan kepada para pemenang cabutan bertuah mingguan sebelumnya iaitu Dayang Nur Syazwani binti Johari, Hajah Saleha binti Pengarah Haji Basi dan Haji Mohammad Abdullah yang mana masing-masing memenangi Go Hero Session 5.

    Menurut pihak penganjur, disebabkan sambutan yang sungguh menggalakkan, penyertaan bagi Cabutan Bertuah Bonanza POKKA dilanjutkan sehingga 19 Januari semasa Pesta Pengguna ke-19 yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, bermula 18 hingga 22 Januari di mana para pemenang akan dipilih dan disenarai pendekkan pada 20 Januari dengan cabutan bertuah hadiah utama akan diadakan pada 21 Januari di Pentas Concourse nanti.

    Semasa cabutan bertuah utama POKKA Bonanza, para pemenang bertuah berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama berupa komputer iMAC 27 inci dengan Retina 5K Display-MK462ZP, hadiah kedua berupa iPhone 7Plus 128GB, Apple Watch A1802 Series1, Samsung 43 inci UHD Smart TV dengan pendakap dinding dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

    Cabutan Bertuah POKKA Bonanza dilancarkan bermula 1 Disember 2017 hingga 14 Januari 2017 oleh Cataleya Trading Co selaku pengedar sulung minuman jenama Pokka di Negara Brunei Darussalam.

     Apple Lu (kanan) menyampaikan hadiah kepada Awang Firdaus .
    Apple Lu (kanan) menyampaikan hadiah kepada Awang Firdaus .
    Apple Lu bergambar ramai dengan para pemenang cabutan bertuah mingguan POKKA Bonanza.
    Apple Lu bergambar ramai dengan para pemenang cabutan bertuah mingguan POKKA Bonanza.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda