Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Khairun Nasrullah sertai Kejuaraan Barista CBTL 2024

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Juara barista Brunei, Awang Khairun Nasrullah bin Haji Ismail telah berlepas ke Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai Kejuaraan Barista Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) 2024 yang akan berlangsung dari 18 hingga 20 September di Grand Hyatt.

    Seramai 10 barista CBTL dari lapan buah negara akan bersaing merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai AS$2,000.

    Kejuaraan Barista CBTL 2024 akan menyaksikan penyertaan barista terbaik dari francais CBTL di lapan buah negara termasuk Brunei Darussalam, Malaysia, Qatar, Arab Saudi, Kuwait, Mongolia, Vietnam dan Pakistan.

    Mewakili francais Brunei, Awang Khairun Nasrullah telah memenangi pusingan kelayakan dalam Pertandingan Barista Brunei 2024 yang diadakan di MyTown Palace, Beribi baru-baru ini dengan minuman istimewa ciptaannya, A Thyme to Celebrate.

    Kini, beliau akan meneruskan perjalanan kerjayanya di luar negara untuk bersaing dengan barista terkemuka lain.

    Hadiah-hadiah yang ditawarkan pada kejuaraan berkenaan termasuk AS$2,000 untuk juara, AS$1,500 pemenang kedua dan AS$1,000 bagi pemenang ketiga. Selain itu, pemenang Minuman Istimewa Terbaik juga berpeluang memenangi hadiah tunai bernilai AS$1,500.

    Awang Khairun Nasrullah semasa ditemui berkata, “Saya dilahirkan dan dibesarkan di Brunei.

    “Dengan pengalaman selama lapan tahun bertugas di CBTL sejak 2018 telah memberikan banyak pengalaman dan saya berharap dapat meningkatkan lagi pengalaman menjadi barista terkemuka selain menghasilkan kopi yang terbaik.

    “Menyertai kejuaraan barista ini adalah cara yang baik untuk mengembangkan dan mempamerkan minat serta kreativiti saya menjadi barista CBTL,” tambahnya.

    Awang Khairun Nasrullah bergambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. – GAMBAR SERAHAN CBTL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda