Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Mahali menang perak di kejohanan boling Shah Alam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Awang Mahali bin Haji Abd Rahman berjaya memenangi pingat perak untuk Acara Perseorangan Men Senior di 36th Asian Intercity Bowling Championship yang diadakan di Shah Alam, Selangor, Malaysia, baru-baru ini.

    Kejohanan yang diiktiraf oleh Asia Bowling Federation itu dianjurkan oleh Asia Intercity Bowling Council dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai tuan rumah kejohanan bermula dari 24 hingga 31 Oktober lalu.

    Tahun ini, sebanyak 24 bandaraya dari Asia menyertai kejohanan tersebut antaranya dari Seoul, Jeju, Kowloon, Tamuning Guam, Pasay, Singapura termasuklah Bandar Seri Begawan.

    Semasa rombongan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ke sana, Pemangku Pengerusi Bandaran Daerah Brunei dan Muara, Dayang Sharina binti Haji Suhaimi telah hadir memberi sokongan dengan menyatakan Jabatan Bandaran berbesar hati dengan adanya pemain-pemain dari Persatuan Tenpin Boling Daerah Brunei dan Muara mewakili negara untuk menyertai kejohanan berkenaan.

    Awang Mahali bersama pingat perak yang dimenangi.
    Dayang Sharina hadir memberi sokongan sebelum rombongan berlepas ke kejohanan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN DAYANG SITI ZUBAIDAH HM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda