Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Muhammad Nur Raihan juara pertandingan buat video

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Awang Muhammad Nur Raihan bin Roslan diumumkan sebagai johan Pertandingan Membuat Video Virtual Field Trip tempat menarik di negara ini anjuran Sekolah Rendah Sengkurong.

    Beliau telah membuat video mengenai tiga tempat menarik iaitu Kampong Ayer, Jerudong Park dan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Tempat kedua pula dimenangi oleh Dayang Nur Fai’qah Insyirah binti Haji Muhammad Azizi yang membuat video mengenai lawatan beliau ke Pantai Ku Ceria di Lumut, Kuala Belait.

    Sementara itu, Dayang Nur Ahla Sahlina binti Abdullah yang telah membuat video mengenai lawatan beliau ke Petting Zoo, Jerudong Park memenangi tempat ketiga.

    Dayang Jalia menyampaikan hadiah kepada Awang Muhammad Nur Raihan selaku johan semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan SR Sengkurong
    Dayang Nur Fai’qah Insyirah menerima hadiah selaku pemenang kedua semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan SR Sengkurong
    Dayang Nur Ahla Sahlina yang telah membuat video mengenai lawatan beliau ke Petting Zoo, Jerudong Park memenangi tempat ketiga. – Gambar serahan SR Sengkurong

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang ialah Dayang Jalia binti Abdullah Ulat.

    Pertandingan itu merupakan salah satu komponen dan inisiatif Pelan Penambahbaikan Literasi Sekolah Rendah Sengkurong yang telah dilaksanakan dengan kerjasama tiga buah sekolah dari Malaysia.

    Sepanjang tempoh persekolahan, pelajar Tahun 4 hingga 6 telah diberi peluang untuk menyertai pertandingan bertajuk Tempat Menarik di Brunei Darussalam itu.

    Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Rasimah binti Haji Abang dalam ucapannya antara lain menjelaskan objektif pertandingan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran pembelajaran pada abad ke-21.

    Ini termasuk meningkatkan kecekapan mereka dalam pemerolehan bahasa. Selain itu, pertandingan juga secara tidak langsung bertindak sebagai pemangkin pembelajaran untuk berani dan yakin dalam pengucapan awam. “Pelajar lebih berkebolehan dalam mengendalikan ICT dan kreatif dengan gaya pembelajaran mereka yang inovatif,” jelasnya.

    Pertandingan berkenaan telah menerima lebih 170 video dan enam finalis telah dinilai dan bertanding pada 1 Julai lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda