Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Nazhim ditugaskan di AFC Challenge League

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Pembantu Pengadil FIFA, Awang Nazhim bin Haji Suhaili hari ini berlepas ke Phnom Penh, Kemboja setelah ditugaskan dalam Kumpulan D bagi Peringkat Kumpulan AFC Challenge League 2025/26 yang berlangsung dari 26 Oktober hingga 1 November 2025.

    Hadir bagi mengucapkan selamat belayar,  Ketua Jabatan Pengadil, Persekutuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD), Awang Mohd Yusof Zaki bin Haji Serudin, bersama Tenaga Pengajar FABD, Awang Degat Anak Chandau, dan Yang Dipertua Persatuan Pengadil Bola sepak Daerah Brunei dan Muara (PPBDBM), Awang Roslan bin Omar.

    Kejohanan dalam Kumpulan D terdiri dari negara Kemboja, Mongolia, Filipina dan juga Laos.

    Penugasan ini mencerminkan kepercayaan berterusan Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) terhadap kemampuan pengadil dari Brunei Darussalam untuk menggalas tanggungjawab di peringkat serantau.

    Pembantu Pengadil FIFA, Awang Nazhim ditugaskan dalam Kumpulan D di Peringkat Kumpulan AFC Challenge League 2025/26. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda