Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Awang Sumawi bin Haji Rahman antara 50 pelanggan bertuah yang disenaraipendek telah diumumkan sebagai pemenang hadiah cabutan utama Intracorp Great Raya Lucky Draw sekali gus membawa pulang tiket Pakej Kembara Umrah untuk seorang pada acara yang berlangsung di cawangan Megastore Intracorp, hari ini.
Ketika ditemu bual, Awang Sumawi tidak menyangka dan merasa bertuah apabila menjadi pemenang hadiah utama berkenaan.

Beliau yang telah membeli set sofa di Intracorp turut menjelaskan, dengan hadiah yang diterima itu, ia akan menjadi kali kedua baginya menunaikan ibadah umrah.
Sementara tempat pertama dalam cabutan itu, Awang Mohd Fahmi bin Momin telah membawa pulang hadiah sofa sudut, manakala tempat kedua, Dayang Qurratul Ain binti Haji Ismail membawa pulang hadiah set meja makan, kemudian tempat ketiga Dayang Massuri binti Haji Musa, memenangi peti sejuk Electrolux Multidoor 474L.
Cabutan bertuah berkenaan yang bermula pada 1 Mac hingga 30 April telah memberi peluang kepada pelanggan yang membeli-belah di semua cawangan Intracorp untuk membawa pulang hadiah hadiah utama termasuk peralatan elektrik, rumah dan barangan perabot yang mana jumlah keseluruhan hadiah tersebut bernilai $27,000.


