Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Awas penculik di sekolah!

    Baru-baru ini, terdapat berita mengenai seorang penculik yang menyamar sebagai ibu bapa atau penjaga kepada seorang murid sekolah tadika dan hampir-hampir membawa lari anak tersebut ketika balik dari sekolah.

    Mujur dengan izin Allah, cubaan tersebut berjaya dipatahkan.

    Hal ini perlu dipandang serius oleh semua pihak. Penculikan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di sekolah dan dalam kehidupan seharian mereka.

    Antara langkah yang boleh diambil ialah pihak sekolah harus mempunyai langkah-langkah keselamatan yang ketat dan sistem keselamatan yang efektif. Ini termasuk memasang kamera pengawasan di kawasan strategik seperti pintu masuk dan keluar, serta memperkukuhkan kawalan ke atas semua pelawat yang memasuki kawasan sekolah.

    Seterusnya, kanak-kanak perlu diberi pengajaran tentang keselamatan diri dan tindakan yang perlu diambil dalam situasi yang memerlukan tindakan segera. Sekolah boleh mengadakan program pendidikan tentang keselamatan dan kesihatan serta mengajar kanak-kanak mengenali dan mengelak bahaya.

    Sebagai langkah pencegahan, pihak sekolah boleh membuat pertimbangan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan sekolah.

    Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka. Ketika menghantar anak-anak ke sekolah, seboleh-bolehnya ibu bapa perlu ikut turun dari kereta dan menghantar anak-anak sehingga mereka masuk ke kawasan sekolah.

    Janganlah kerana kesuntukan masa, ibu bapa kekal berada dalam kereta sementara mengharapkan anak mereka keluar sendiri dari kereta dan berjalan masuk menuju ke dalam kawasan sekolah.

    Begitu juga ketika mengambil anak-anak kecil balik dari sekolah. Seeloknya, turunlah dari kereta. Sambutlah kepulangan anak-anak di hadapan pintu utama sekolah. Iringi mereka sehingga mereka selamat masuk ke dalam kereta.

    Kemudian, pihak berkuasa juga perlu bekerjasama dengan sekolah dan masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak.

    Program-program keselamatan boleh diadakan secara berkala dan program pencegahan boleh dijalankan melalui pelbagai saluran yang berkaitan. Iklankan di surat khabar dan laman sosial untuk mendapat lebih capaian.

    Akhir sekali, saya menyeru semua pihak agar mengambil berat tentang perkara ini. Alhamdulillah, penculikan kali ini berjaya digagalkan, namun, ia tidak bermakna kejadian sebegini tidak akan terjadi lagi di kemudian hari. Sama-samalah beringat hendaknya.

    Anak permata negara

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...