Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awas…Anda dibutakan cinta!

    JATUH cinta memang membahagiakan. Semua perkara yang anda lalui akan terasa serba indah dan menyenangkan, namun anda harus ingat bahawa bukan semua perkara yang anda lakukan itu terbaik. Jatuh cinta itu boleh sahaja tetapi jangan sampai anda dibutakan oleh cinta! Nah…Ini adalah antara tanda-tanda di mana anda sedang dibutakan cinta:-

    1-Anda berubah menjadi orang lain. Anda tidak lagi menjadi anda sendiri, malah anda terlalu berusaha menjadi orang yang dicintai pasangan anda sampai anda lupa bahawa menjadi diri sendiri itu lebih baik.

    2-Anda tidak dapat berpisah daripadanya. Sepanjang waktu anda hanya mahu bersama dengannya. Walau sesibuk apa pun anda tetap mahu bersamanya.

    3-Sepanjang waktu anda berasa takut kehilangannya. Perasaan takut ini akan membuatkan anda berubah menjadi terlalu mengongkong, ia sudah pasti membuatkan pasangan anda berasa tidak selesa.

    4-Anda terlalu mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh pasangan biarpun ia terlalu berbeza dengan apa yang diinginkan oleh hati dan nurani anda.

    5-Bagi anda bersamanya adalah hal yang paling utama dan anda mula tidak mempedulikan hal-hal yang lainnya termasuk sahabat dan keluarga.

    6-Anda sanggup berhabis wang tabungan semata-mata mahu memenuhi impian pasangan malah anda juga sanggup memenuhi gaya hidupnya.

    7-Hubungan anda baik-baik saja. Tidak ada perdebatan dan pertengkaran, bukan kerana hubungan anda berdua sihat tapi kerana anda terlalu menurut sehingga tidak ada konflik yang berlaku.

    8-Anda menjadi sulit menerima pendapat orang lain. Bagi anda, pendapat terbaik hanya datang dari si dia.

    9-Anda membuang semua perkara di sekeliling kerana tidak lagi merasakan ia penting, di kepala anda terlalu sarat memikirkan dirinya.

    10-Hubungan yang baik memang harus saling percaya. Namun sekiranya anda terlalu percaya pada pasangan ia akan menjadikan hubungan itu tidak sihat kerana mengabaikan pendapat orang lain.

    Jatuh cinta itu boleh sahaja tetapi jangan sampai anda dibutakan oleh cinta!
    Antara tanda-tanda di mana anda sedang dibutakan cinta ialah anda menjadi sulit menerima pendapat orang lain. Bagi anda, pendapat terbaik hanya datang dari si dia.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda