Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awasi anak semasa di kedai

    Saya seorang pekerja kedai di salah sebuah premis perniagaan ingin membuat teguran kepada sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak sahaja anak dan melakukan sesuatu semasa berada di dalam kedai.

    Baru-baru ini saya dipanggil oleh pihak pengurusan di mana saya bekerja dan gaji saya dipotong akibat kerosakan barang kedai. Namun, kerosakan tersebut bukanlah kesalahan saya melainkan dirosakkan oleh seorang kanak-kanak yang dibiarkan oleh ibu bapanya.

    Saya sudah cuba menegur kanak-kanak tersebut malah saya sendiri meminta ibu bapanya agar melarang anaknya mengganggu barang jualan di kedai tersebut. Namun teguran saya hanya ibarat angin dan akhirnya barang yang diganggu oleh kanak-kanak tersebut mengalami kerosakan.

    Saya cuba meminta ibu bapa kanak-kanak itu bertanggung jawab terhadap kerosakan tersebut.

    Namun apa yang saya dapat hanyalah tengkingan dan cacian serta mereka berlalu pergi begitu saja. Saya terpaksa melaporkan kepada pihak atasan dan saya diambil tindakan pemotongan gaji malah diberikan amaran. Diharap ibu bapa di luar sana awasilah anak anda dan tidak membiarkan mereka melakukan kerosakan pada harta benda bukan milik mereka.

    Tertindas

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda