Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awet muda dengan rawatan ultherapy

    BANGKOK – Kebanyakan orang pada masa kini mencari rawatan semula jadi yang akan memastikan mereka kelihatan awet muda, itulah sebabnya rawatan menegangkan kulit baharu yang tidak invasif – ‘ultherapy’ – menjadi semakin popular sekarang.

    Ultherapy menegangkan kulit muka dan leher melalui penggunaan ultrabunyi. Di bawah rawatan ini, gelombang ultrabunyi terkawal dilepaskan pada kedalaman yang tepat di bawah kulit untuk merangsang pengeluaran kolagen, sekali gus menggalakkan penegangan. Rawatan ini menghasilkan kulit muda yang kelihatan semula jadi yang boleh bertahan sehingga satu tahun.

    Untuk memanfaatkan populariti rawatan tersebut di Thailand, Merz Aesthetics, pengeluar dan pengedar peralatan ultherapy, telah bekerjasama dengan klinik-klinik kecantikan di sini sejak lapan tahun lalu.

    Ditubuhkan pada 1908 sebagai firma keluarga di Frankfurt, Jerman, Merz Aesthetics juga telah mengembangkan kehadirannya di Thailand melalui ekspo berskala besar-besaran.

    Ekspo terbaharu yang diadakan adalah Merz Aesthetics Expo: Haus of Confidence yang diadakan di Siam Paragon, Bangkok baru-baru ini.

    Dr Dissapong Panithaporn memberikan penjelasan mengenai rawatan ultherapy. – ANN/The Nation
    Gambar ANN/The Nation
    Orang ramai mengunjungi petak ‘Merz Aesthetics Expo: Haus of Confidence’ yang diadakan di Siam Paragon, Bangkok baru-baru ini. – ANN/The Nation
    Gambar ANN/The Nation
    Gambar ANN/The Nation

    Ultherapy adalah salah satu kaedah paling berkesan, bukan invasif untuk merangsang kulit dan menjadikannya kelihatan muda,” kata Dr Dissapong Panithaporn dari Klinik Demis, rakan kongsi Merz Aesthetics.

    “Pada masa kini, kami mempunyai azam baharu untuk melawan penuaan tanpa mendapat luka atau kecederaan daripada pembedahan kosmetik.

    “Bagaimanapun, orang ramai harus berhati-hati kerana terdapat banyak klinik di pasaran yang menawarkan rawatan ultherapy palsu. Biasanya, pelanggan tidak dapat membezakannya.

    “Oleh itu, jika awda bercadang untuk mendapatkan ultherapy, semak sama ada nama klinik tersebut tersenarai di laman web www.merzclubthailand.com,” katanya.

    Doktor berkata orang ramai boleh mula menjalani rawatan ultherapy dari usia muda seperti dalam lingkungan 20an atau 30an untuk memastikan penampilan awet muda. Kemudian, ujarnya, rupa awet muda, kulit kelihatan lembap, licin, tegang ini boleh dikekalkan dengan satu sesi ultherapy setiap tahun.

    “Berbanding dengan teknik menegangkan kulit yang lain, ultherapy lebih popular dan unik disebabkan kredibiliti, keselamatan dan sasaran tepat bahagian rawatan,” kata Dissapong.

    “Gambaran masa nyata lapisan kulit dan keupayaan untuk memilih kedalaman yang tepat untuk rawatan menyumbang kepada populariti dan keselamatannya.” – ANN/The Nation

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda