Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AWGIPC ke-73 bahas masa depan harta intelek

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Wakil-wakil pejabat-pejabat harta intelek (IP) dari negara-negara anggota ASEAN dan wakil-wakil dari pejabat-pejabat IP rakan-rakan dialog membincangkan mengenai perkembangan dalam sistem IP dan kerjasama antara negara anggota ASEAN semasa Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN bagi Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) ke-73 yang berlangsung di Bandar Seri Begawan, bermula hari ini hingga 5 September.

    Mesyuarat yang dihoskan oleh Pejabat Harta Intelek Brunei (BruIPO) dirasmikan oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib.

    AWGIPC merupakan sebuah platform mustahak dalam membincangkan isu-isu utama termasuk memuktamadkan kajian skop untuk mengenal pasti bidang-bidang utama bagi AWGIPC yang akan disampaikan kepada wakil dari Organisasi Harta Intelek Dunia (WIPO) dan pakar-pakar yang dilantik.

    Selain itu, status pelaksanaan baki inisiatif di bawah Pelan Tindakan Hak Harta Intelek ASEAN (AIPRAP) 2016-2025, seperti ASEAN IPR HelpDesk dan cadangan projek GRTKCE mengenai Perbandingan Undang-Undang dan Peraturan, turut dibincangkan.

    Pembangunan Pelan Tindakan Pasca-2025 ASEAN IPR juga menjadi fokus utama perbincangan.

    Mesyuarat berkenaan akan mengetengahkan konsultasi dengan lima rakan dialog utama ASEAN iaitu Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO), Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO), Pentadbiran Harta Intelek Kebangsaan China (CNIPA), Pejabat Paten Jepun (JPO) dan WIPO.

    Sesi konsulatasi berkenaan akan meliputi projek-projek kerjasama, semakan pelan kerja berkaitan IP dan pembincangan mengenai kerjasama masa depan yang akan mengukuhkan sistme IP dalam rantau ASEAN.

    Perhimpunan itu menggariskan komitmen ASEAN untuk memajukan kerjasama IP yang penting bagi memupuk inovasi, pertumbuhan ekonomi dan daya saing di rantau ini.

    Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Nor Hashimah bergambar ramai dengan ketua-ketua delegasi yang menghadiri AWGIPC Ke-73. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Antara wakil-wakil pejabat IP negara anggota ASEAN yang menghadiri mensyuarat tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda