Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    AWS peruntuk AS$50 juta untuk projek AI sektor awam

    SAN FRANCISCO, 27 JUN – Amazon Web Services (AWS), penyedia pengkomputeran awan terbesar di dunia, kini sedang giat meyakinkan sektor awam untuk menyertai revolusi kecerdasan buatan (AI) generatif, di tengah-tengah persaingan sengit dengan Microsoft dan Google.

    AWS dan penyedia awan lain menyatakan teknologi yang terkenal melalui ChatGPT, boleh memberikan impak besar dalam meningkatkan perkhidmatan awam, termasuk dalam bidang kesihatan, keselamatan, kerja amal dan NGO.

    Namun, perkara yang menarik minat kerajaan dan badan bukan berasaskan keuntungan untuk menyertai inisiatif itu ternyata lebih mencabar berbanding meyakinkan syarikat swasta.

    AWS kelmarin telah memperuntukkan dana bernilai AS$50 juta untuk tempoh dua tahun bagi pelanggan sektor awam yang berpotensi untuk menguji idea-idea mereka.

    Pasaran sektor awam untuk pengkomputeran awan sudah pasti menjadi keutamaan.

    AWS kini menawarkan khidmat kepada 7,500 agensi kerajaan, 14,000 institusi akademik dan 85,000 organisasi bukan berasaskan keuntungan di 215 negara, menurut data syarikat tersebut.

    Inisiatif itu akan memberikan projek AI yang diluluskan akses kepada kredit pengkomputeran awan, latihan dan kepakaran teknikal.

    “Apa yang saya lihat berlaku adalah banyak idea, banyak kes penggunaan, banyak bukti konsep, perkara yang saya fikir akan benar-benar memberikan kesan,” kata Naib Presiden AWS, Dave Levy, yang bertanggungjawab terhadap perniagaan sektor awam global, kepada AFP.

    “Memasukkan perkara tersebut dalam pengeluaran adalah di mana organisasi sektor awam benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan,” kata Levy menjelang ‘sidang kemuncak’ AWS yang menyasarkan sektor awam di Washington. – AP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...