Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Axelsen juara Indonesia Masters

    JAKARTA, 12 JUN – Pemain badminton Denmark, Viktor Axelsen berjaya merangkul gelaran juara perseora-ngan badminton lelaki di kejohanan Indonesia Masters setelah menewaskan pemain Taiwan, Chou Tien-chen melalui straight set, hari ini.

    Pemain nombor satu dunia itu telah menewaskan Chou dengan keputusan 21-10, 21-12 dalam masa 41 minit di Dewan Suka Istora di Jakarta.

    “Saya suka bermain di Istora dan saya sentiasa mengimpikan untuk menjuarai kejohanan di Istora kerana tempat ini adalah sebuah tempat luar biasa, jadi meraih kejayaan di sini adalah perkara yang istimewa buat saya,” kata Axelsen memberitahu pemberita.

    Kemenangan Axelsen tercipta se-lepas berjaya menewaskan pemain pilihan utama tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting dalam perlawanan separuh akhir.

    Sementara itu, dalam perlawanan perseorangan wanita, pemain dari China, Chen Yufei berjaya menewaskan pemain dari Thailand, Ratchanok Intanon untuk memenangi gelaran juara pertamanya sejak meraih pingat emas pada sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

    Reaksi Viktor Axelsen dan Chou Tien Chen bergambar dengan pingat masing-masing selepas perlawanan perseorangan badminton di kejohanan Indonesia Masters, Jakarta. – AFP

    Dia berjaya menewaskan Ratcha-nok, pemain yang merangkul gelaran juara di Indonesia Masters pada 2020 dalam tiga set perlawanan yang berlangsung selama 74 minit, dengan keputusan 21-16, 18-21, 21-15.

    “Saya sangat gembira kerana meraih pingat emas pada hari ini. Saya berdepan dengan kesukaran semasa perlawanan tetapi saya gembira kerana berjaya memenangi perlawanan itu,” kata pemain nombor empat dunia, Chen.

    Chen mendapatkan tempat untuk beraksi dalam perlawanan akhir selepas menewaskan He Bingjiao 21-17, 21-14 semasa perlawanan separuh akhir.

    Selepas kejohanan Indonesia Masters itu, Terbuka Indonesia dijangka bermula pada 14 Jun ini dan akan berakhir pada 19 Jun nanti.

    Kejohanan yang diadakan berturut-turut tersebut sangat ditunggu-tunggu oleh penyokong badminton selepas tiga tahun mengadakan perlawanan tanpa penonton di Indonesia akibat penularan wabak koronavirus. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...