Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Axelsen, Lakshya berentap di All England

    LONDON, 20 MAC – Juara Olimpik Viktor Axelsen mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki kali keempat berturut-turut di Badminton Terbuka Seluruh England selepas menewaskan Chou Tien Chen dari Chinese Taipei dalam straight set pada Sabtu.

    Pilihan utama dari Denmark itu mengambil masa 48 minit untuk menewaskan pilihan keempat Chou 21-13, 21-15. Saingan terakhirnya di Birmingham tahun ini ialah pemain India Lakshya Sen. Pemain berusia 20 tahun itu menyingkirkan juara bertahan Malaysia Lee Zii Jia 21-13, 12-21 dan 21-19. Pada Terbuka Jerman minggu lalu, Lakshya Sen menewaskan Axelsen di separuh akhir, lapor Agensi Berita Xinhua.

    Dalam saingan separuh akhir wanita, juara Olimpik China Chen Yufei ditewaskan 21-11, 21-13 oleh juara dunia Akane Yamaguchi dari Jepun, manakala pilihan utama Tai Tzu Ying dari Chinese Taipei ditundukkan pemain Korea Selatan An Se-young berusia 20 tahun dengan keputusan 21 -19, 21-13. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...