COPENHAGEN, 2 MEI – Pemain badminton nombor dua dunia, Viktor Axelsen terpaksa menarik diri dari perlawanan akhir Kejuaraan Eropah hari ini di Kiev selepas disahkan positif dijangkiti COVID-19.
Axelsen sepatutnya bertemu rakan senegara Anders Antonsen, yang merangkul kejuaraan Eropah pertama tanpa bertanding.
“Pemain pilihan utama dan juara bertahan, Viktor Axelsen kembali dengan keputusan positif kedua COVID-19, menyebabkan dia tersingkir dari kejohanan perseorangan lelaki peringkat akhir di Kejuaraan Eropah 2021,” menurut pengumuman Badminton Denmark hari ini. Menurut mereka, pemain berusia 27 tahun, Axelsen kembali dengan keputusan positif kali pertama selepas menewaskan Finn Kalle Koljonen di separuh akhir pada Sabtu dan perlu menjalani pengasingan diri di Kiev.
“Dia akan kekal berada di bilik hotel untuk menjalani kuarantin untuk tempoh 13 hari seterusnya.” Axelsesn, pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio, berkata dia berada dalam keadaan sihat. – AFP