Sunday, June 16, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Axelsen yakin masih ‘berbahaya’

    KUALA LUMPUR, 22 MEI – Pemain nombor satu dunia, Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan, selepas kali terakhir meraih gelaran juara di Jelajah Dunia Akhir pada Disember tahun lepas.

    Menurut pemain berusia 30 tahun itu mengakui berpuas hati dengan pencapaiannya selama ini dengan memenangi pingat emas dan gangsa masing-masing di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016, dua pingat emas kejuaraan Kejohanan Dunia (2017, 2022), Piala Thomas 2016 dan tiga kejuaraan Eropah (2016, 2018, 2022) antara pencapaian lain dalam keseluruhan 23 gelaran Jelajah Dunia dimenanginya.

    “Kepada siapa harus saya buktikan segalanya? Saya tidak bermain untuk kepentingan orang lain, dan saya tidak perlu buktikan apa-apa. Saya masih sama, tetap bersemangat seperti ketika usia 15 tahun. Saya boleh kembali dan memenangi segala-galanya dan itu menjadikan saya ‘berbahaya’.

    “Saya melakukan yang terbaik setiap hari. Saya mempunyai banyak masalah dengan badan saya sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dan saya perlahan-lahan memikirkan tentangnya.

    Saya rasa semakin kuat dari semasa ke semasa, dan saya sangat teruja untuk bermain semula,” katanya ketika ditemui selepas aksi pusingan pertama menentang Koki Watanabe dari Jepun di Axiata Arena hari ini.

    Axelsen menang mudah 21-14, 21-11 untuk menempah pertemuan dengan pemain Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul yang mengetepikan wakil taiwan, Chi Yu Jen 21-16, 10-21, 21-19. – Bernama

    Axelsen ketika beraksi menentang Watanabe di Bukit Jalil. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India bawa pulang jasad 45 mangsa kebakaran di Kuwait

    KOCHI, 14 JUN - Ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kuwait kelihatan berduka di terminal lapangan terbang India hari...