Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Axelsen, Yamaguchi mara ke separuh akhir

    KUALA LUMPUR, 13 JAN – Jaguh perseorangan dunia, Viktor Axelsen dan Akane Yamaguchi masing-masing melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.  

    Juara bertahan perseorangan lelaki, Axelsen memastikan beliau berada dalam laluan untuk  mempertahankan  kejuaraannya dengan menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018  Kenta Nishimoto dari Jepun  21-16, 21-12 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Arena Axiata di sini hari ini.

    Pemain nombor satu dunia itu akan berhadapan satu lagi cabaran daripada pemain Jepun  Kanta Tsuneyama, yang mengejutkan pemain pilihan keenam kejohanan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 21-16.

    Axelsen yang turun ke gelanggang selepas berehat dua hari berikutan pemain veteran Malaysia, Liew Daren menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua akibat kecederaan betis kanannya semalam, berkata beliau berada dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk aksi hari ini.

    “Keadaan sedikit berbeza buat saya hari ini, saya berehat dua hari, jadi secara fizikalnya saya rasa segar 100 peratus sementara Nishimoto saya rasa beliau agak keletihan selepas mengharungi tiga perlawanan yang mencabar. – Bernama

    Aksi Axelsen menentang Kenta Nishimoto pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023, kelmarin.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...