Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Axiata luluskan penggabungan Celcom-Digi

    KUALA LUMPUR, 18 NOV – Lembaga Pengarah Axiata Group Bhd mengumumkan bahawa pemegang sahamnya telah meluluskan cadangan penggabungan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.Com Bhd.

    Menurut konglomerat telekomunikasi itu, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan hari ini. “Keputusan EGM melalui undian telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia seperti yang dikehendaki oleh peraturan yang terpakai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Axiata berkata dengan persetujuan pemegang saham, penggabungan itu hampir selesai, selepas mendapat kelulusan sebelum ini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia sebelum EGM ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...