PARIS, 31 JULAI – Seorang bapa berusia 35 tahun meninggal dunia manakala anak perempuannya berusia tiga tahun dimasukkan ke hospital setelah mengalami serangan jantung semasa bermain di taman tema akuatik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kedua-duanya yang menaiki sebuah struktur besar kembung di taman air di Saint-Maximin-la-Sainte-Baume di Timur Marseilleya, ditiup angin dan diterbangkan, kata pasukan bomba, kelmarin.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan kedua-duanya dan diterbangkan dengan helikopter ke hospital di Marseille, bagaimanapun ayahnya disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Taman itu menyediakan pelbagai elemen permainan kembung, termasuk gelongsor. Menurut portal berita Perancis France Info, struktur kembung sepanjang 20 meter itu terbang di udara pada ketinggian kira-kira 50 meter. – Bernama