SAO PAULO, 25 FEB – Dua buah kelab Brazil memberikan ucapan takziah berikutan kematian ayah kepada penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.
Fluminense memuat naik di media sosial hari ini bahawa mereka turut berduka atas kematian Jose Agostinho Becker.
Abang kepada Alisson, Muriel, juga merupakan penjaga gol di Fluminense. Internacional, di mana kedua-dua Alisson dan Muriel bermain, turut memberikan ucapan takziah.
Media Brazil melaporkan bahawa Jose Agostinho Becker, 57, lemas selepas pergi berenang di bandar Lavras do Sul, bahagian selatan negara tersebut.
Polis tempatan mengesahkan mayat lelaki yang dijumpai malam kelmarin.
Pemain berusia 28 tahun bermain untuk Internacional antara 2013 dan 2016 sebelum menyertai Roma. – AP