Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayah Steven Spielberg meninggal dunia pada usia 103 tahun

    Ayah kepada pengarah terkenal Steven Spielberg, Arnold Spielberg meninggal dunia pada usia 103 tahun disebabkan sakit tua, hari ini.

    Arnold yang juga jurutera dan pereka komputer membantu rekaan bingkai utama komputer GE-225 pada tahun 1960. Spielberg pernah memuji bapanya, seorang penyokong kuat dalam kerjaya seninya. Ia termasuk, sewaktu dia muncul dengan filem indie pertamanya berjudul Firelight ketika berusia 17 tahun.

    Dia turut menjadikan kisah bapanya berkhidmat dalam perang dunia kedua sebagai inspirasi untuk menghasilkan filem Saving Private Ryan pada 1998.

    Spielberg meninggalkan empat anak iaitu Steven, Anne, Sue, dan Nancy serta empat anak tiri, 11 cucu, dan lapan cicit.

    Disebabkan langkah pematuhan pandemik Covid-19, upacara penghormatan terhadap bapa sutradara terkemuka itu, akan dilakukan pada tahun depan.

    Menurut keluarganya, pemberian bunga dan derma boleh dilakukan di Muzium Perang Dunia Kedua New Orleans. – Agensi

    Gambar fail menunjukkan Steven Spielberg bersama ayahnya Arnold di Beverly Hills, California pada 13 Februari 2006. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda