Thursday, December 26, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayam Rutin jadi kegilaan penggemar haiwan

    BEIJING, 16 OKT – Sebelum ini tidak ramai yang mengetahui mengenai ‘spesies ayam terkecil di dunia’, namun kini ia menjadi kegilaan penggemar haiwan di China.

    Ayam Rutin, kacukan antara burung puyuh dan ayam hutan yang dibiakkan sejak beberapa tahun kebelakangan, telah menjadi haiwan peliharaan yang mesti dimiliki di negara itu, di mana mereka menggemarinya kerana penampilan haiwan itu yang comel dan bertelur.

    Ia turut dikenali sebagai ayam mini kerana saiz haiwan itu. Ia dipelihara dan dijadikan sebagai haiwan yang disimpan di dalam rumah, di mana kebanyakan pemilik mereka sebuah reban kecil yang dihiasi dengan patung dan mengongsikan video mengenai rutin burung tersebut di media sosial.

    Ayam Rutin dibiakkan dengan kacukan burung puyuh dada biru dan ayam hutan kelabu Asia, tetapi ayam tersebut masih belum dikenal pasti secara rasmi oleh pihak berkuasa pertanian, menurut beberapa orang penjual.

    “Cuba tengok haiwan peliharaan saya di ruang tamu. Ia bukan sahaja comel tetapi ia juga boleh bertelur. Saya mempunyai hidangan untuk dimakan malam ini,” kata seorang pemilik di media sosial. – ANN/The Star

    Ayam Rutin menjadi kegilaan penggemar haiwan di China kerana penampilan haiwan itu yang comel dan bertelur. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda