Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayda Jebat tak kisah dikritik juri Famili Duo

    Biarpun sudah lebih sedekad bertapak dalam dunia seni, Ayda Jebat rela dikritik juri program realiti terbitan TV3, Famili Duo, demi kebaikan karier muzik.

    Penyanyi lagu Pencuri Hati ini mengaku memerlukan teguran juri yang arif agar dia tidak terus mendabik dada hingga merasakan dirinya sudah cukup bagus.

    “Bagi saya, tidak salah dikritik. Jika komen diberi itu membina dan baik untuk saya, tidak ada salahnya.

    “Saya sudah agak lama dalam industri seni. Jadi, saya tidak mahu rasakan diri bagus.

    “Jadi, saya perlukan komen membina daripada mereka yang pakar bagi saya memperbaiki mutu nyanyian menjadi lebih baik,” katanya yang berganding dengan adiknya, Fyna dalam program realiti itu.

    Ayda mahu berpijak dalam dunia realiti dan tidak hanyut dengan pujian yang semestinya menyokong apa sahaja dilakukannya. – Agensi

    Ayda mahu berpijak dalam dunia realiti dan tidak hanyut dengan pujian peminat yang semestinya menyokong apa sahaja dilakukannya.

    “Sebagai peminat, mereka tentu puji dan sokong apa yang saya lakukan.

    “Tetapi melalui kritikan juri, saya tahu di mana kekurangan yang boleh diperbaiki.

    “Secara tidak langsung, saya jadi lebih bersemangat untuk menampilkan persembahan terbaik,” katanya kepada BH Online.

    Sebelum ini, Ayda atau nama sebenar, Nur Suhada Jebat pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan keputusan juri Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-32 apabila menolak lagu dendangannya, Mata.

    Bukan mempertikai kredibiliti juri, isteri pengacara, Nabil Mahir itu dilaporkan mahukan kepastian kekurangan lagu terbabit hingga gagal marah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32.

    Ayda mengaku menyertai Famili Duo berikutan sudah lama tidak muncul di kaca televisyen (TV) selepas kehadiran cahaya mata sulung, Ana Nayla, lebih setahun lalu.

    Ayda berkata, pada mulanya, Fyna enggan terbabit kerana lebih selesa menjadi penyanyi ‘underground’. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda