Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayda Jebat tak kisah jantina anak, penting sihat

    Penyanyi Ayda Jebat yang kini hamil tujuh bulan tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. 

    Ayda bagaimanapun hanya mengharapkan anak sulungnya itu berada dalam keadaan yang baik, sihat dan ceria. 

    “Anak damit lelaki atau perempuan, itu tak penting. Kita hanya mahu yang terbaik, anaknya sihat dan ceria. Amin,” katanya. 

    Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Ayda berkongsi gambarnya bersama Nabil sambil memegang sebiji kek yang dihantar seorang rakan baiknya bernama Ash.

    Kek yang berbentuk beg botol susu anak berkenaan dihiasi dengan dua bekas kek cawan kecil yang berwarna biru dan merah jambu bagi memberi bayangan adakah anak dalam kandungannya lelaki ataupun perempuan.

    Menurut Ayda, melihat angka kes positif COVID-19 yang semakin meningkat dia berharap golongan wanita yang hamil supaya menjaga kesihatan diri. 

    Dia juga tidak ketinggalan mengajak peminatnya mendoakan kesembuhan kepada penyanyi Siti Sarah yang kini masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan anak dalam kandungannya, Jumaat lalu.

    “Ibu-ibu hamil di luar sana, tolong jaga diri. Kes COVID-19 makin tinggi. Mari doakan Kak Sarah dan anaknya sihat.

    “Untuk ibu dan anak yang sakit, sihat-sihat selalu hendaknya. Bagi yang mahukan zuriat, semoga dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya. – Agensi

    Ayda Jebat yang kini hamil tujuh bulan tidak kisah dengan jantina anaknya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda