Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayie Floor88 rancang anak kedua tanpa risaukan rezeki

    Penyanyi kumpulan Floor88 Ayie Elham berkata dia dan isteri iaitu Tasha Awie mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata.

    Namun Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 27, berkata fokus utamanya kini adalah memberikan kasih sayang secukupnya kepada puteri sulung mereka iaitu Nayla Amanda.

    “Perancangan tambah cahaya mata itu ada tapi buat masa sekarang nak fokus besarkan anak pertama dan beri lebih kasih sayang pada dia,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Ayie berkata dia perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum menambah anak memandangkan sebelum ini isterinya itu bersalin secara pembedahan.

    Justeru itu, dia menerima saranan pakar menjarakkan kehamilan selepas tiga tahun kerana bimbang risiko terhadap kandungan.

    “Lagipun isteri saya melahirkan anak secara caesar, jadi doktor sarankan kandungan seterusnya kena jarak tiga tahun. Saya pun tak nak ambil risiko, risau benda tak diingini boleh berlaku, jadi saya dan isteri memilih untuk merancang,” jelasnya.

    Sementara itu, Ayie berkata dia tidak pernah berasa bimbang mengenai perbelanjaan keluarga sekiranya diberikan zuriat.

    Dalam hal ini, dia dan isteri percaya kehadiran cahaya mata dapat menambahkan lagi rezeki mereka sekeluarga.

    “Macam saya dari segi faktor ekonomi saya tak fikir benda itu sebab anak juga salah satu pintu rezeki. Saya pernah lalui hidup susah sebelum ini… tapi Alhamdulillah ada sahaja rezeki kahwin, rezeki anak, yang penting usaha cari rezeki dan percaya Allah. Saya tak takut kalau ada anak kos hidup jadi tinggi, sebab bila Tuhan beri saya terima dan percaya ada rezeki datang,” katanya.

    Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha atau Nur Natasha Awi pada 20 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nayla Amanda yang kini berusia dua tahun. – Agensi

    Ayie tak risau soal rezeki jika anak bertambah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda