Wednesday, February 12, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayu buka mulut punca minta cerai

    Hampir setahun bercerai, pelakon Ayu Anjani akhirnya membuka mulut berkongsi cerita punca dia berpisah dengan Rachmat Julio.

    Kata Ayu, 33, sikap tidak ambil peduli bekas suami membuatkan dia nekad menuntut cerai pada hujung Ogos tahun lalu.

    Lebih menyedihkan lagi, mereka berpisah selepas dua bulan Ayu kehilangan ibu dan adiknya yang meninggal dunia dalam tragedi kapal karam di Labuan Bajo pada Jun tahun lalu.

    “Saya yang membuat permohonan cerai. Ia dilakukan dua bulan selepas kematian ibu dan adik saya.

    “Ketika itu saya sangat tertekan. Kejadian (kematian ibu dan adik) sangat mengejutkan. Saya perlukan seorang teman untuk berbual, tetapi dia (Rachmat) jarang ada di sisi,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

    Ayu mula buka cerita selepas ramai bertanya tentang status dirinya. – Agensi

    Tambah Ayu sepanjang berdepan dengan emosi yang tidak stabil ketika itu, Rachmat juga menuduh dirinya keterlaluan dan gagal mengawal perasaan.

    Bagi Ayu dia hanya perlu masa untuk tenangkan diri dan bukan sengaja mahu mewujudkan persekitaran tidak baik dalam hubungan mereka.

    “Ketika masih dalam keadaan sedih keadaan saya jadi kalut. Tetapi dia katanya saya keterlaluan.

    “Tidak mungkin saya sengaja berbuat begitu kerana saya juga sayangkan anak-anak,” ujarnya.

    Untuk rekod Ayu dan Rachmat mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda