Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Ayu Damit sasar Doktor Falsafah pada usia 45 tahun

    Penyanyi Ayu Damit meletakkan sasaran memperlahankan kerjaya seni dan memberi fokus sebagai tenaga pengajar ketika usianya 45 tahun.

    Ayu atau Norayu Damit, 35, bagaimanapun berkata dia tidak mungkin akan terus meninggalkan kerjaya nyanyian dan terbuka untuk menerima undangan sekiranya masih ada, menurut laporan mStar.

    “Selepas usia 45 tahun itu saya mahu kehidupan yang lebih tenang. Meneruskan perniagaan dan mahu jadi tenaga pengajar. Tak mungkin saya akan terus menyanyi sampai usia tua.

    “Saya ada sasaran dalam hidup. Tetapi bukanlah bermakna nak tamatkan kerjaya seni. Jika ada peluang menyanyi saya masih terbuka,” katanya.

    Tambah Ayu dia berhasrat menyambung pengajian peringkat sarjana selepas menggenggam ijazah beberapa tahun lagi.

    Malah dia kini merupakan penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam dalam bidang seni kreatif.

    Bukan itu sahaja, penyanyi ini juga turut memasang impian untuk bergelar Doktor Falsafah suatu masa nanti.

    “Untuk jadi tenaga pengajar sekurang-kurangnya perlu ada sarjana. Jadi habis ijazah saya akan terus sambung belajar. Untuk doktor falsafah pula kena lihat pada keadaan. Mungkin selepas ini saya boleh bergelar Dr. Ayu,” luahnya. – Agensi

    Ayu merancang baik perjalanan kerjaya. – mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...