Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayu Raudhah tak bimbang Zaquan hilang pekerjaan

    Satu pintu rezeki tertutup, banyak lagi pintu rezeki lain terbuka menyebabkan pelakon Ayu Raudhah, 40, tidak bimbang apabila kontrak suaminya, Zaquan Adha, 36, bersama Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) tidak disambung, baru-baru ini.

    Selepas sehari mengumumkan persaraan pada Rabu lalu, Ayu memberitahu suaminya menerima lamaran sebagai duta produk sukan, selain turut menerima beberapa tawaran lain.

    Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Manjalara itu berkata, Zaquan ingin berehat daripada sukan bola sepak kerana ingin memberikan tumpuan kepada perniagaan sambal yang sedang diusahakan sejak dua bulan lalu, lapor BH Online.

    “Alhamdulillah, kami tak bimbang apabila suami hilang pekerjaan. Kami sentiasa percaya pada rezeki.

    “Memang sebelum ini suami bermain bola sepak, tetapi rezeki dia bukan setakat di situ, gaji hanyalah sekadar angka sahaja.

    Ayu sudah lama tidak muncul di kaca TV kini seronok menjalani perniagaan sambal geprek AR bersama suaminya, Zaquan Adha di TikTok. – OH Bulan

    “Kami bersyukur selepas satu pintu ditutup, banyak pintu rezeki lain pula terbuka. Selain dilamar sebagai duta, suami juga ada menerima tawaran kelab lain, tetapi perlu berjauhan dengan saya dan anak-anak.

    “Jadi, suami masih pertimbangkan kerana umurnya bukan muda lagi nak berhijrah ke tempat lain. Lagipun, kami sudah memiliki rumah dan selesa tinggal di Seremban.

    “Jadi, suami mahu ambil masa untuk pertimbangkan apa yang terbaik untuknya,” katanya yang ditemui pada Grand Iftar Majlis Meraikan Asnaf anjuran GNI Pharma Sdn Bhd, di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

    Sementara itu, Ayu yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen kini semakin seronok perniagaan sambal geprek yang dijual di TikTok berjaya terjual hampir 6,000 botol dalam tempoh beberapa bulan.

    Katanya, lebih menyeronokkan apabila dapat menjana pendapatan dari rumah tanpa perlu meninggalkan enam anak-anak yang memerlukan perhatiannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda