Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayu Ting Ting diboikot tendang tetamu undangan

    Susulan beberapa isu melibatkan penyanyi dangdut Ayu Ting Ting sejak kebelakangan ini, satu petisyen diwujudkan bagi menggesa selebriti itu diboikot daripada muncul di kaca televisyen.

    Kempen memboikot itu merujuk kepada sebuah video klip memperlihatkan Ayu pernah menendang seorang tetamu undangan dalam sebuah program TV Brownis pada tahun 2019.

    Tindakan itu disifatkan sebagai tidak sopan dan beretika.

    Sehingga Jumaat, lebih 60,000 orang telah bersetuju dan menandatangani petisyen tersebut.

    Namun, tetamu undangan tersebut Andika Kangen Band tampil menjelaskan ia adalah sebuah gimik dan tiada apa-apa yang berlaku.

    “Tiada apa-apa yang berlaku. Saya hanya duduk tiba-tiba Ayu datang itu sahaja.

    “Disebabkan tuntutan pekerjaan. Ada senario yang dilakukan, ada sketsa dan ada gimik,” katanya.

    Ayu Ting Ting didakwa menendang seorang tetamu undangan dalam sebuah program televisyen Brownis pada Januari 2019.

    Warganet menganggap tindakan tersebut adalah keterlaluan dan tidak bertika. – Agensi

    Ayu Ting Ting didakwa menendang sorang tetamu undangan dalam sebuah rancangan televisyen. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda