Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ayu Ting Ting dilaporkan sudah bertunang

    Penyanyi, Ayu Ting Ting dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan bersama seorang anggota tentera Indonesia berpangkat Kolonel.

    Khabar tersebut tular apabila gambar Ayu dikatakan memakai baju pengantin berwarna putih sambil berdiri bersebelahan dengan lelaki tersebut.

    Ayu ketika ditemui media Indonesia berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

    “Doakan sahaja yang terbaik,” kata Ayu, kelmarin.

    Ayu juga tidak mahu mengulas panjang lalu terus menaiki keretanya.

    Sebelum ini, Ayu pernah mendirikan rumah tangga bersama Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bilqis Khumairah Razak pada 28 Disember 2013. – Agensi

    Ayu hanya meminta doa yang baik-baik sahaja. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...