Monday, April 14, 2025
30 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Ayu Ting Ting pernah tipu ibu dan ayahnya

Sudah tentu semua orang pernah berbohong dengan ibu bapa ketika di zaman kecil dan begitu juga dengan aktres terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting.

Menerusi video di saluran YouTube, anak perempuan kepada Ayu iaitu Balqis meminta ibunya berkongsi mengenai perbuatan menipu yang pernah dilakukannya.

Tanpa berasa segan silu, Ayu mengakui dia pernah bersama 12 rakannya ponteng sekolah dan merayau di bandar tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Bunda (ibu) pernah menipu. Ketika itu, bunda di bangku sekolah dan mempunyai 12 rakan dan nama panggilan kami ASC. Kami pernah ponteng sekolah dengan berjalan keluar mengikut pintu belakang kelas.

“Kami berjalan-jalan naik kereta ke bandar. Ibu dan ayah tidak tahu. Bunda balik rumah selepas waktu solat maghrib,” dedah Ayu. – Agensi

Ayu mengakui dia pernah bersama 12 rakannya ponteng sekolah dan merayau di bandar tanpa pengetahuan ibu bapanya. – Agensi
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda