Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.
Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatran akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada esok, 19 Mei di T.C.Y Motors Showroom (Cawangan Kuala Belait), Tapak Perindustrian Sungai Duhon, Kuala Belait bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang.
Selain itu, kempen juga diadakan pada 21 Mei di Kawasan Lobi, Bay 10 anjuran Print Plus Sdn Bhd bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang dan pada 22 Mei di Auditorium Level 1, i-Centre Anggerek Desa anjuran SHENA Brunei bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi dan pukul 1 petang hingga pukul 3 petang.
Kempen juga turut diadakan pada 24 Mei di Pusat Membeli-belah Onecity, Kampung Sungai Hanching bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang serta pada 25 Mei di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari.
Orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang.
Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.