Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayuh sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada esok, 14 Julai di Tingkat Satu, Annajat Complex bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang.

    Satu lagi kempen akan diadakan pada 16 Julai di Ruang An-Najaah, Pusat Pekerjaan Brunei, Jalan Perindustrian Kampung Beribi bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi dan pukul 1 petang hingga pukul 3 petang dan juga pada 17 Julai di Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd, Unit 87, Tingkat Satu, Bangunan T.S.Kim, Jalan Serasa, Kampung Sabun bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang serta pada 19 Julai di Tingkat Satu, Pusat Membeli-belah OneCity anjuran Boeffi International bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang.

    Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah untuk sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 4 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Jadual derma darah oleh Kementerian Kesihatan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda