Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.
Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada Selasa, 1 Oktober di Tingkat 8, Baiduri Community Space, Ibu Pejabat Bank Baiduri, Jalan Gadong bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi dan pukul 2 petang hingga pukul 4 petang
Seterusnya, kempen akan diadakan pada 2 Oktober di Lantai Bawah, Pusat Beli-belah Mid Valley, Jalan Masjid Salambigar bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang dan juga pada 4 Oktober di D’Sunlit Sdn Bhd, Tapak Perindustrian Beribi bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang.
Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah untuk sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah, dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 4 petang.
Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.



