Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Orang ramai diseru untuk sama-sama menyertai kempen derma darah yang diadakan dan sekali gus menderma darah untuk sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.
Seruan itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini serta menyatakan bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2025, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan dan imagine Sdn Bhd akan menganjurkan kempen derma darah secara besar-besaran pada 12 Jun dan 14 Jun di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Jalan Menteri Besar, bernula pukul 8 pagi hingga pukul 11 pagi dan pukul 1 petang hingga pukul 3 petang.
Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa perkhidmatan pendermaan darah di Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha adalah ditutup semasa sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada dua hari berkenaan.
Para penderma darah adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.
