Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei- Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen derma darah yang diadakan dan sama-sama menderma darah bagi membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.
Seruan itu dibuat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, yang menyatakan bahawa Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatran akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada esok, 28 Mei di Dewan Kuliah, The Core, Universiti Brunei Darussalam (UBD) bermula pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari dan pukul 1 petang hingga pukul 3 petang.
Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga pukul 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga pukul 3.30 petang.
Para penderma darah adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.


