Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayuh tambah bekalan darah negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai hari ini, 21 September di Tingkat Bawah, Pusat Beli-belah OneCity anjuran YASKA Brunei bermula pukul 10 pagi hingga pukul 1 petang, Kemudian, kempen turut diadakan pada 24 September di Aras Bawah, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei anjuran Jabatan Penerbangan Awam bermula pukul 9 pagi hingga pukul 2 petang dan pada 27 September di Lexus Showroom, Gadong anjuran NBT Lexus Brunei bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang.

    Jadual kempen derma darah dari Kementerian Kesihatan.

    Selain itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk tampil menderma darah dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 4 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda