Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Az-Zain Travel & Tours dibenarkan kendali perkhidmatan umrah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Sebuah lagi syarikat pelancongan tempatan, Az-Zain Travel & Tours Sdn Bhd telah diberi kebenaran baru-baru ini untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan visa pelancong Arab Saudi bagi tahun 2024.

    Perkara tersebut telah di-umumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji dan dengan kebenaran terbaharu itu, maka sebanyak 30 buah syarikat pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan pakej berkenaan pada masa ini.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang dibenarkan itu.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda