Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Kelab Bola Sepak Azam FT bakal mengikuti Karnival Kejohanan Bolasepak 11 Sebelah (Veteran) Battosai Challenge Cup Open 2025 di Kota Samarahan, Sarawak, pada 30 dan 31 Ogos nanti.
Sehubungan itu, sebagai tanda sokongan kepada kelab bola sepak berkenaan, Cablesone Engineering (B) Sdn Bhd dan Han’s Coffee Shop telah menyumbang tajaan baju jersi kepada kelab bola sepak tersebut, baru-baru ini.
