Friday, May 2, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azan Scan lebih rela berniaga biskut di bazar

    Vokalis kumpulan Scan atau Azan mendedahkan dia lebih sanggup berniaga sendiri daripada menerima tawaran menyanyi dengan harga tidak masuk akal.

    Azan atau Noorhazan Rashid, 51, berkata, kumpulan Scan masih menerima undangan persembahan pentas namun disebabkan bayaran ditawarkan tidak setimpal dia lebih senang untuk memberi fokus kepada perniagaan.

    “Banyak juga undangan persembahan nyanyian yang Scan terima tetapi kadang-kadang penatlah dengan harga merepek yang ditawarkan.

    “Bukan nak demand, tapi kalau merepek sangat, saya rasa baik meniaga saja tak ada masalah pun,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Azan menegaskan dia bukan bersikap angkuh dengan menetapkan bayaran yang tinggi, tetapi hanya mahu menjaga harga pasaran khusus buat artis-artis lama supaya pihak tertentu tidak mengambil kesempatan.

    Dalam perkembangan lain, sepanjang Ramadan ini Azan berniaga di Bazar Aidilfitri Ampang yang bertempat di Lorong Ampang Mampan, Ampang, Kuala Lumpur.

    Azan sebelum ini berkata dia sudah lama menjalankan perniagaan kerana dibesarkan dalam keluarga yang memang sudah berniaga sejak dia kecil lagi.

    Antara produk makanan yang dijual termasuk kapit rol, kerepek dan aneka biskut. – Agensi

    Azan berniaga di Bazar Aidilfitri sehingga malam raya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda