Saturday, November 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azar Azmi muncul selepas 2 tahun hilang

    Selepas sekian lama menghilangkan diri daripada radar dunia seni termasuk media sosial, pelakon Malaysia, Azar Azmi akhirnya kembali membuat kemunculan bagi mengubat kerinduan peminat.

    Memetik laporan mStar, aktres berkenaan memuat naik video menyapa peminat yang setia menantinya menerusi akaun TikTok menggunakan nama @azarazmi7 pada Jumaat lalu.

    Dalam hantaran video itu, Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 35, turut meminta orang ramai mengikuti akaunnya di platform berkenaan bagi membolehkan beliau membuat video siaran langsung.

    “Assalamualaikum semua. Lama menyepi… kalau nampak follow ya. Saya nak cukupkan untuk buat live.

    “Ada yang rindu Azar ke?,” tulisnya.

    Video berkenaan merupakan hantaran kedua yang dimuat naik selepas beliau berkongsi gambar-gambar lama ketika masih aktif berlakon sebelum ini.

    Sementara itu dalam beberapa perkongsian lain, beliau dilihat lebih banyak membuat video aktiviti harian di rumah seperti memasak dan rutin penjagaan kulit.

    Melalui semakan mStar, akaun tersebut telah mencapai jumlah pengikut melebih 85,000 selepas dua hari diaktifkan.

    Meninjau di ruangan komen pula, ramai dalam kalangan pengikut yang turut meluahkan rasa rindu dan berharap Azar akan segera kembali berlakon.

    “Rindu lakonan Azar, tolong buat kemunculan semula.

    “Lama menyepi… muncul-muncul je tetap cantik.

    “Bila nak berlakon semula? Suka lakonan Azar bila bawa watak gila-gila,” komen netizen.

    Kehilangan Azar sejak Mei 2022 menjadi tanda tanya ramai termasuk rakan-rakan selebriti yang tidak dapat menghubunginya.

    Pelakon Hafreez Adam yang pernah rapat dengan Azar sebelum ini juga memberitahu beliau gagal menghubungi rakannya itu dan tidak mengetahui di mana aktres berkenaan tinggal. – Agensi

    Kehilangan Azar Azmi menjadi tanda tanya ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda